Laman Utama / Polisi Privasi

POLISI PRIVASI

Efektif: 18 Disember 2012
Dikemaskini: Disember 2013

QNet (M) Sdn Bhd. (juga dikenali sebagai ‘QNET’, ‘we’, ‘us’ di dalam dokumen ini), salah satu ahli kumpulan QI Group komited untuk melindungi privasi anda dan membina teknologi yang memberi anda pengalaman atas talian yang berkuasa dan selamat.

Kenyataan Privasi ini digunakan untuk laman web QNE www.qnet.net.my dan aplikasi mudah alih kami, dan ia menentukan pengumpulan data dan penggunaan. Dengan menggunakan laman web QNET, anda mengizinkan penggunaan data seperti yang diterangkan dalam kenyataan ini.

Kumpulan QI Group adalah penerima anugerah berprestij Tera Privasi TRUSTe, menandakan polisi dan amalan privasi ini telah dikaji oleh antara ’s syarikat privasi ternama dunia, TRUSTe, untuk mematuhi program tera privasi TRUSTe. Ciri-ciri program ini termasuk ketelusan, kebergantungan dan pilihan berkenaan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Misi TRUSTe sebagai pihak ketiga yang bebas, adalah untuk mempercepatkan kepercayaan atas talian antara pengguna dan organisasi global melalui kebolehpercayaan privasi ternama dan penyelesaian inovatif yang boleh dipercayainya. Program TRUSTe tidak merangkumi maklumat yang mungkin boleh dikumpul melalui perisian yang boleh dimuat turun. Jika anda mempunyai pertanyaanatau aduan berkenaan kenyataaan privasi atau amalan, sila hubungi kami di [email protected]. Jika anda tidak berpuas hati dengan maklum balas kami, anda boleh hubungi TRUSTe here. Pensijilan TRUSTe hanya merangkumi maklumat yang dikumpul dari www.qnet.net.my dan aplikasi mudah alih kami, dan/atau apa-apa cara akan diberitahu dari semasa ke semasa dan tidak merangkumi maklumat yang mungkin boleh dikumpul melalui laman-laman lain yang mungkin dimiliki dan dioperasikan oleh kami.

 

Pengumpulan Informasi Peribadi Anda

QNET mengumpul informasi dapat dikenalpasti secara peribadi, seperti alamat emel, nama alamat rumah atau tempat kerja atau nombor telefon dan nombor pin. QNET juga mengumpul informasi demografik tanpa nama, yang tidak unik kepada anda seperti ZIP/kod pos, umur, jantina, keutamaan, minat dan kegemaran.

QNET mengumpul beberapa jenis maklumat yang boleh dikenalpasti secara peribadi dari bisnes-bisnes seperti nama syarikat, alamat lokasi, orang yang boleh dihubungi, kedudukan,  nombor telefon, alamat e-mel, jenis dokumen ID dan nombor yang sahih, tarikh syarikat didaftar, dan pin.

Kami boleh mengumpul maklumat berkaitan dengan pihak ketiga daripada anda seperti nama, alamat e-mel, dan data tarikh lahir. Maklumat ini diperlukan dengan tujuan untuk mencalonkan penerima faedah bagi perwakilan anda dengan QNET atau untuk tujuan penghantaran. Jika pasangan atau ahli keluarga anda mahu membuang maklumat tentang mereka dari laman kami, mereka boleh hubungi kami di [email protected].

Terdapat juga maklumat tentang perkakasan dan perisian komputer anda yang dikumpulkan secara automatik oleh QNET. Maklumat ini boleh terkandung alamat IP anda, jenis pelayar seimbas, nama-nama domain, waktu-waktu pengaksesan dan alamat-alamat laman web dirujuk. Maklumat ini digunakan oleh QNET untuk operasi perkhidmatan, bagi mengekalkan kualiti perkhidmatan, dan untuk menyediakan statistik umum berkenaan penggunaan laman web QNET.

Laman web kami menawarkan secara umum blog-blog atau forum-forum komuniti. Anda harus berwaspada tentang maklumat anda yang diberi kepada tempat-tempat sebegini boleh dibaca, dikumpul, dan digunakan oleh pihak lain yang mempunyai akses. Untuk permintaan pembuangan maklumat peribadi dari blog kami atau forum komuniti, hubungi kami di [email protected]. Dalam sesetengah kes. Kami mungkin tidak mampu untuk membuang maklumat peribadi anda, di mana kami akan memberitahu jika kami tidak mampu berbuat demikian dan sebabnya.

QNET menggalakkan anda untuk menyemak semula kenyataan privasi laman-laman web yang anda pilih untuk dipautkan daripada QNET supaya anda boleh memahami bagaimana laman-laman web tersebut mengumpul mengguna dan mengongsikan maklumat anda. QNET tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan privasi atau isi kandungan lain lama-laman web di luar laman web QNET dan kelompok laman web QNET.

Apabila anda memuat turun dan mengguna perkhidmatan kami, kami akan mengumpul maklumat berdasarkan jenis peranti yang anda gunakan, versi sistem operasi, dan pengenalpasti peranti (UDID).

Kami tidak akan meminta anda untuk mengakses atau menjejak apa-apa maklumat berasaskan lokasi daripada alat mudah alih anda pada bila-bila masa sewaktu memuat turun atau menggunakan servis aplikasi mudah alih kami.

 

Penggunaan Maklumat Peribadi Anda

QNET mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda untuk membantu anda mengguna laman web QNET dan menghantar perkhidmatan yang anda minta, seperti membenarkan anda untuk menjejaki rujukan baru, menjejaki penghantaran, pembelian dan pembayaran, baki akaun, transaksi, aktiviti dan prestasi, komisen dan Pusat Sokongan Global (GSC) anda. QNET juga menggunakan maklumat yang boleh dikenalpasti secara peribadi untuk membalas pertanyaan anda, membenarkan anda melanggani suapan RSS, surat berita, artikel, kemaskini, dan memberitahu anda tentang produk dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh QNET dan sekutunya. QNET juga boleh menghubungi anda melalui kaji selidik untuk menjalankan kajian ke atas pendapat anda tentang perkhidmatan yang sedia ada, atau perkhidmatan baru yang mungkin ditawarkan. Kami akan memerlukan untuk memberi kami maklumat demografik tertentu (seperti poskod). Kami juga akan mengguna informasi ini untuk memantau perjalanan laman dan mengkhususkan laman.

QNET mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda untuk mencipta akaun bisnes dan membenarkan anda untuk menjual barangan di laman tersebut kepada sesiapa, menyediakan perkhidmatan yang anda minta. Kami juga mungkin menggunakan maklumat anda untuk menghantar surat berita yang relevan kepada anda, membalas pertanyaan anda, membenarkan anda untuk melanggani suapan RSS, surat berita, artikel dan kemaskini. Untuk mempelajari bagaimana anda boleh tarik diri/batalkan langganan daripada apa-apa jenis komunikasi, sila lihat perenggan di bawah.

QNET tidak mengongsi, menjual, menyewa atau memajak senarai maklumat pelanggan kepada pihak ketiga selain yang didedahkan dalam polisi privasi ini. QNET mungkin, dari semasa ke semasa, menghubungi anda bagi pihak rakan bisnes luaran tentang sesebuah tawaran yang mungkin menarik minat anda. Dalam kes-kes sebegini, maklumat yang boleh dikenalpasti secara peribadi anda (e-mel, nama, alamat, nombor telefon) tidak akan diberi kepada pihak ketiga. Sebagai tambahan, QNET mungkin berkongsi data dengan pihak yang dipercayai untuk membantu kami menjalankan analisis statistik, menghantar e-mel atau pos, menawarkan sekongan pelanggan, memproses bayaran, atau merancang penghantaran. Kesemua pihak ketiga adalah dilarang daripada menggunakan maklumat peribadi anda kecuali untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada QNET, dan mereka dikehendaki untuk memastikan kerahsiaan makumat anda. Jika anda memilih untuk tidak menerima e-mel tawaran-tawaran, surat berita, artikel, atau kemaskini anda boleh menarik diri bila-bila masa sahaja menggunakan sambungan pembatalan langganan terletak di dasar setiap komunikasi, atau dengan hanya menghantar e-mel kepada kami di [email protected].

Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, untuk mematuhi dengan sepina, atau proses undang-undang yang sama dengannya, di mana kami percaya pendedahan tersebut adalah perlu demi melindungi hak kami, melindungi keselamatan anda atau keselamatan pihak lain-lain, menyiasat penyelewengan, atau memberi maklum balas terhadap permintaan kerajaan.

Jika kami terlibat dalam penggabungan, pembelian, atau penjualan semua bahagian aset kami, anda akan diberitahu melalui e-mel dan/atau notis penting di laman web kami tentang perubahan hak milik atau penggunaan maklumat peribadi anda, dan juga apa-apa pilihan anda berkaitan maklumat peribadi anda.

QNET tidak menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi yang sensitif, seperti bangsa, agama, atau hubungan politik, tanpa kebenaran yang jelas daripada anda.

QNET memantau laman web dan halaman yang dikunjungi oleh pelanggan dalam QNET bagi menentukan apakah perkhidmatan QNET yang paling popular. Data ini diguna untuk memberi kandungan yang khusus dan periklanan dalam QNET kepada pelanggan yang mana tingkah laku mereka yang menunjukkan mereka berminat dalam bahagian subjek tertentu.

 

Penggunaan Kuki

Laman web QNET menggunakan kuki untuk membantu anda mengubah sendiri pengalaman atas talian anda. Kuki adalah fail teks yang diletakkan di cakera keras anda. Kuki tidak boleh digunakan untuk menjalankan program atau menghantar virus ke komputer anda. Kuki ditugaskan seuniknya kepada anda, dan boleh dibaca oleh pelayan web dalam domain yang mengeluarkan kuki itu kepada anda.

Antara tujuan utama kuki adalah untuk menyediakan kemudahan bagi menjimatkan masa anda. Tujuan kuki adalah untuk memberitahu pelayan web yang anda telah kembali ke sesuatu laman. Sebagai contoh, jika anda mengubah sendiri laman QNET, atau mendaftar dengan laman atau perkhidmatan QNET, kuki tersebut membantu QNET untuk memanggil kembali sesuatu maklumat tentang sesuatu pelayaran. Ini memudahkan proses merekod maklumat peribadi anda, seperti alamat penghantaran bil, alamat penghantaran dan lain-lain. Apabila anda kembali semula ke laman web QNET yang sama, maklumat yang anda berikan boleh didapatkan semula supaya anda boleh menggunakan ciri-ciri QNET yang khusus untuk anda.

Anda boleh menerima atau menolak kuki. Kebanyakan pelayar web menerima kuki secara automatik, tetapi anda boleh mengubah sendiri tetapan pelayar untuk menolak kuki mengikut kehendak anda. Jika anda memilih untuk menolak kuki, anda mungkin tidak dapat menikmati pengalaman ciri-ciri interaktif sepenuhnya perkhidmatan QNET atau laman web yang anda lawati.

Penggunaan kuki pihak ketiga tidak dilindungi kenyataan privasi kami. Kami tidak mempunyai akses atau kawalan ke atas kuki ini.

 

Gif yang jelas (Isyarat Sesawan/Pepijat Sesawang)

Kami menyediakan atau rakan kemudahan pengesan pihak ketiga yang menyediakan teknologi perisian yang dipanggil gif jelas (juga dikenali sebagai Isyarat Sesawang/Pepijat Sesawang), ia membantu kami mengurus isi kandungan di laman kami dengan memberitahu kami apakah isi kandungan yang efektif. Gif jelas adalah grafik kecil dengan pengenalpasti unik, berfungsi seperti kuki, yang digunakan untuk mengesan pergerakan pengguna sesawang di atas talian. Berbanding kuki, yang disimpan dalam cakera keras komputer, gif jelas terdapat di laman sesawang tanpa boleh dikesan dan hanya bersaiz sebesar titik noktah di penghujung ayat ini. Kami tidak meletakkan sekali maklumat yang dikumpul oleh gif jelas kepada’s maklumat peribadi’ pelanggan yang boleh dikenalpasti.

 

Flash LSOs

Kami menggunakan objek yang dikongsi secara setempat, juga dikenali sebagai kuki kilat, untuk menyimpan tetapan anda seperti kawalan volum, isi kandungan paparan berdasarkan apa yang anda lihat di laman QNET untuk mengkhususkan lawatan anda ke sesawang ini. Pihak ketiga yang menjadi rakan kami dalam menyediakan ciri-ciri tertentu di sesawang kami atau memaparkan iklan berdasarkan aktiviti pelayaran web anda, mengguna kuki kilat untuk mengumpul dan menyimpan maklumat.

Kuki kilat adalah berlainan daripada kuki sesawang kerana jumlah data dan jenis data yang digunakan, dan juga kerana cara data tersebut disimpan. Alat utk menguruskan kuki yang disediakan oleh pelayar anda tidak akan membuang kuki kilat. Untuk mengetahui cara mengawal privasi dan tetapan storan untuk kuki kilat, klik here.

 

Analisis Mudah Alih

Kami menggunakan perisian analisis mudah alih untuk membolehkan kami memahami fungsi Perisian Mudah Alih kami di telefon anda. Perisian ini mungkin merakam maklumat seperti kekerapan penggunaan aplikasi, apa-apa yang berlaku dalam aplikasi, penggunaan agregat, prestasi data, dan dari mana aplikasi tersebut dimuat turun. Kami tidak menghubungkan maklumat yang kami simpan dalam perisian analisis kepada apa-apa maklumat yang boleh dikenalpasti secara peribadi anda berikan dalam aplikasi mudah alih.

 

Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

QNET meggunakan amalan terbaik industri untuk memastikan maklumat peribadi selamat daripada akses tanpa izin , penggunaan atau pendedahan yang tidak dibenarkan. Apabila maklumat peribadi dihantar ke laman web lain, ia dilindungi dengan penggunaan penyulitan seperti protokol Lapisan Soket Selamat (SSL).

QNET mematuhi standard industri yang diterimapakai secara umum untuk melindungi maklumat peribadi yang diberikan kepada kami, sama ada sewaktu penghantaran dan apabila kami menerimanya. Tiada cara penghantaran melalui Internet atau storan elektronik yang 100% selamat.  Oleh itu, kami tidak boleh menjamin keselamatannya secara pasti.

 

(Ciri-ciri) Media Sosial dan Widget

Laman web kami termasuk Ciri-ciri Media Sosial seperti butang ‘Suka’ Facebook dan Widget seperti butang ‘Kongsi ini’ atau program mini interaktif yang dilaksanakan di laman web kami. Ciri-ciri ini mungkin menyimpan alamat IP anda, laman mana yang anda sedang lawati di laman web kami, dan mungkin menetapkan kuki untuk membolehkan ciri tersebut berfungsi dengan baik. Ciri-ciri Media Sosial dan Widget sama ada dihoskan oleh pihak ketiga atau dihoskan secara terus dari laman web kami. Interaksi anda dengan ciri-ciri ini ditentukan oleh polisi privasi syarikat yang menyediakannya.

 

Testimoni

Kami meletakkan testimoni pada laman web kami yang mungkin mengandungi maklumat peribadi. Kami mendapatkan kebenaran’ pelanggan sebelum meletakkan testimoni tersebut bersama-sama nama mereka dan testimoni. Untuk permintaan pembuangan maklumat peribadi daripada testimoni kami, hubungi kami di [email protected]. Dalam sesetengah kes, kami mungkin tidak dapat membuang maklumat peribadi anda, di mana jika terjadi kami akan memberitahu anda jika tidak dapat berbuat sedemikian dan sebab-sebabnya.

 

Access to Your Personal Information

Jika maklumat peribadi anda berubah, atau anda tidak lagi berminat dengan perkhidmatan kami, anda boleh membetulkan, membuang maklumat tidak tepat, atau meletakkan maklumat baru dengan memilih ‘Profail Saya’ apabila anda berjaya log masuk ke dalam akaun anda ataupun dengan menghubungi kami di [email protected]. Kami akan membalas pertanyaan anda dalam tempoh 30 hari.

Kami akan menyimpan maklumat anda selagi akaun anda masih aktif atau selagi diperlukan untuk terus memberikan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda berhasrat untuk membatalkan akaun anda atau meminta kami untuk tidak lagi menggunakan maklumat anda dalam memberi perkhidmatan kepada anda, hubungi kami di alamat emel tersenarai di atas.  Kami akan menyimpan dan menggunakan maklumat anda jika perlu untuk mematuhi kewajiban undang-undang, menyelesaikan pertikaian dan menguatkuasakan perjanjian kami.

 

Perubahan kepada Pernyataan ini

Kami mungkin dari semasa ke semasa mengemaskini pernyataan privasi ini untuk mencerminkan perubahan kepada amalan maklumat kami. Jika kami membuat perubahan yang kami anggap perubahan material kami akan memberitahu anda melalui emel (dihantar kepada alamat emel yang didaftarkan pada akaun anda) atau dengan notis pemberitahuan di laman web QNET sebelum perubahan tersebut diteruskan. Kami menggalakkan anda sentiasa menyemak laman ini untuk mendapatkan maklumat terkini tentang amalan privasi kami.

 

Informasi Pihak untuk Dihubungi

QNET mengalu-alukan komen-komen anda berkaitan Pernyataan Privasi ini. Jika anda merasakan QNET tidak mematuhi Pernyataan ini, sila hubungi webmaster. Kami akan menggunakan usaha munasabah yang komersial untuk menentukan dan memperbaiki masalah tersebut.

QNet Malaysia

QNET (M) Sdn Bhd

Level 2, QI Tower, Block C, PJ8

No. 23, Jalan Barat, Section 8

46050 Petaling Jaya

Selangor, Malaysia

Tel: +603 7967 9800

Fax: +603 7967 9801

Email:  [email protected]




QNET 26th Anniversary

CREDIT CARDS ACCEPTED