Laman Utama / Tentang QNET

TENTANG QNET

Produk Terbaik dalam Perniagaan yang Betul

QNET adalah antara syarikat jualan langsung terkemuka di Asia. QNET adalah antara syarikat jualan langsung terkemuka di Asia, menawarkan pelbagai produk yang penting dan berguna dalam pelbagai pasaran. Fokus kami ialah membolehkan orang berjaya melalui penyelesaian yang menguasai keusahawanan dan mempertingkatkan gaya hidup

Model perniagaan QNET yang berakarumbi daripada QNET membolehkan orang biasa daripada semua lapisan masyarakat memulakan perniagaan milik mereka sendiri dengan kosoverhed yang minimum. Berbekalkan kerja keras dan dedikasi, pengedar QNET yang dikenali sebagai Wakil Bebas(IRs), berpeluang menjadi orang yang tidak bergantung kepada orang lain dari segi ekonomi, mempertingkatkan kehidupan keluarga dan komuniti mereka serta membantu orang lain mencapai impian mereka.

Di QNET, kami dipacu oleh dua falsafah penting: RYTHM dan Memberi Khidmat.

  • Pengasas QNET mendapat inspirasi yang mendalam daripada kehidupan dan hasil kerja Gandhi,sorang pemimpin hebat, pejuang kemanusiaan dan aktivis. Pengajaran Gandhi menjadi asas bagi RYTHM − Raise Your Self to Help Mankind (Jadikan Diri Berjaya untuk Bantu Insan Lain). Idea memberikuasa kepada insan lain untuk berjaya supaya diri sendiri berjaya menjadi teras perniagaan kita.
  • Kami menyokong konsep memberi khidmat sebagai ciri-ciri kepimpinan yang penting. Pengasas kami telah memupuk budaya mengutamakan pemberian khidmat melebihi diri sendiri, di kalangan pekerja dan rangkaiannya. Kami percaya bahawa memberi khidmat kepada orang lain dengan rasa rendah hati adalah ciri sebenar seorang pemimpin.

QNET mengakui bahawa orang adalah aset kami yang terbaik. Tenaga tanpa sempadan rangkaian pengedaran kami menggunakan aspirasi kolektif kami bagi mencapai tahap ketidakbergantungan dari segi kewangan. Kami menumpukan pada pemberian alatan dan pendidikan kepada IRS kami yang diperlukan untuk menguatkan pemahaman mereka terhadap produk dan model perniagaan kamidan kami terlibat dalam memajukan mereka di tahap perseorangan.

Di QNET, kami meraikan pelbagai etnik dan budaya. Kumpulan kepimpinan dan pekerja kami yang diambil dari lebih daripada 30 negara dan pelanggan kami wujud di lebih daripada 100 negara. Kami berbangga menjadi pemasaran rangkaian Bangsa Bersatu yang sebenar!




QNET 26th Anniversary

CREDIT CARDS ACCEPTED