Laman Utama / Jam Tangan & Barang Kemas / Bernhard H. Mayer®

Beli Sekarang Bernhard H. Mayer®

JAM TANGAN BERNHARD H. MAYER®

Tahap prestij dan reputasi yang Bernhard H. Mayer ® telah capai antara pencinta jam seluruh dunia tidak hanya bergantung kepada sumber-sumber pengetahuan teknikal dan kemahiran yang luar biasa di dalam bengkel horologikal – kesempurnaan setiap jam tangan terhasil daripada konsistensi bisnes keluarga Mayer telah terapkan sejak 1871 sebagai falsafah kecemerlangan. Mempersembahkan koleksi gah rekaan indah yang sempurna untuk apa-apa majlis keramaian, jam Bernhard H. Mayer® adalah testimoni ketinggian standard pemiliknya dalam kebolehpercayaan dan nilai estetika.

Semua jam tangan Bernhard H. Mayer ® diperbuat di Switzerland dan mengikut standard kualiti dan jaminan Switzerland.

BARANG KEMAS BERNHARD H. MAYER®

Barang kemas Bernhard H. Mayer ® merupakan koleksi yang menangkap nilai sesuatu objek yang bernilai dan dijadikan simbol pemakaian mewah yang tidak akan ditelan zaman. Mempersembahkan ciri-ciri kreativiti dan semangat, tukang jam dan pereka kami telah menghasilkan koleksi barang kemas menarik dan mempesonakan yang berbeza, dimana setiap daripadanya mempunyai stail yang tersendiri dan keperibadian untuk disesuaikan dengan cita rasa pemakai.

 

Ketahui lebih lanjut tentang Bernhard H. Mayer ®




QNET 26th Anniversary

CREDIT CARDS ACCEPTED