Langkau ke kandungan

Syarat-Syarat Penggunaan

PEMATUHAN

TERMA PENGGUNAAN

Kami ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Republik Rakyat China (“Hong Kong”) dan kami menyediakan perkhidmatan kami kepada anda melalui laman web ini berdasarkan Terma Penggunaan (‘Terma’). Sila baca Terma ini dengan teliti. Penggunaan laman web ini oleh anda merupakan penerimaan anda terhadap Terma kami.

Lesen Penggunaan

Kami memberikan anda lesen terhad untuk mengakses dan menggunakan laman ini bagi kegunaan peribadi. Kecuali dengan persetujuan bertulis yang nyata daripada kami, anda tidak dibenarkan memuat turun atau mengubah suai laman web kami atau mana-mana bahagiannya. Anda tidak dibenarkan mengeluarkan semula, menduplikasi, menyalin atau mengubah suai laman web kami atau mana-mana bahagiannya.

Muat Turun

Di laman web ini, kami mungkin menyediakan bahan yang anda dibenarkan secara nyata untuk dimuat turun. Dengan memuat turun mana-mana bahan tersebut, anda bersetuju untuk menggunakan bahan tersebut hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial. Anda mesti mengekalkan semua notis hak cipta dan notis hak milik lain yang terkandung dalam bahan asal atau mana-mana salinan bahan tersebut. Anda tidak dibenarkan menggunakan bahan ini untuk sebarang tujuan komersial, selain untuk tujuan mempromosikan perniagaan rangkaian Syarikat, atau di mana-mana laman web lain melainkan kelulusan terlebih dahulu diperoleh daripada Syarikat menurut Polisi & Prosedur QNET.

Komunikasi Elektronik

Apabila anda membuat sebarang transaksi melalui laman web kami atau menghantar e-mel kepada kami, anda bersetuju untuk menerima komunikasi daripada kami secara elektronik dan bahawa semua perjanjian, notis atau komunikasi lain yang kami berikan kepada anda secara elektronik memenuhi sebarang keperluan undang-undang bahawa komunikasi tersebut dibuat secara bertulis.

Hak Cipta

Kandungan laman web ini, termasuk teks, grafik, imej, logo dan kompilasi kandungan laman web ini, adalah harta intelek kami.

Data Peribadi

Semua data peribadi yang anda serahkan kepada kami melalui laman web ini tertakluk kepada Polisi Privasi kami.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

Pautan ke laman web pihak ketiga mungkin disediakan di laman web kami. Walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman web pihak ketiga tersebut. Sila rujuk Penafian kami.

Undang-undang Terpakai dan Bidang Kuasa

Terma ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Hong Kong dan pihak-pihak dengan ini tunduk, bagi semua tujuan berkaitan Terma ini, kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Hong Kong.