Langkau ke kandungan

PENAFIAN

PEMATUHAN

PENAFIAN

Penggunaan laman web ini oleh anda merupakan penerimaan anda terhadap terma Penafian ini.

Tiada Jaminan Ketepatan

Maklumat yang disediakan di laman web ini adalah atas dasar ‘sebagaimana adanya’ dan ‘sebagaimana tersedia’ serta bertujuan umum dan sebagai petunjuk sahaja. Walaupun segala usaha dibuat untuk memastikan kebolehpercayaan maklumat yang terkandung dalam laman web ini, ini tidak merupakan suatu jaminan, sama ada secara nyata atau tersirat, berkenaan ketepatan dan kecukupan sebarang maklumat yang dinyatakan di sini.

Kami dengan jelas menafikan sebarang jaminan atau waranti terhadap pendapatan atau penghasilan masa hadapan yang dijanjikan. Sebarang dakwaan tentang pendapatan atau potensi pendapatan hendaklah dianggap sebagai pendapat semata-mata dan anda tidak boleh bergantung padanya melainkan anda telah mengesahkan ketepatannya. Kami tidak akan bertanggungan dan tidak akan menerima sebarang liabiliti, obligasi atau tanggungjawab sekalipun bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada kebergantungan anda pada dakwaan tersebut.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

Pautan ke laman web pihak ketiga mungkin disediakan di laman web ini. Penyediaan atau bantuan dalam menyediakan pautan tersebut adalah semata-mata untuk memudahkan rujukan pengguna. Ia tidak bermaksud bahawa kami bersetuju atau tidak membantah kandungan mana-mana laman luar tersebut. Kami tidak akan mempunyai atau menerima sebarang liabiliti, obligasi atau tanggungjawab sekalipun bagi kandungan laman web luar tersebut dan tidak akan menerima sebarang tanggungjawab serta tidak akan dipertanggungjawabkan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkenaan dengan sebarang penggunaan, penyalahgunaan atau kebergantungan pada kandungan mana-mana laman web luar tersebut. Kami berhak memadam atau menyunting sebarang maklumat di laman ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak kami tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu.

Sekatan Kehadiran Pasaran

QNET hanya mempunyai kehadiran di pasaran yang disenaraikan di bawah walaupun lamannya boleh diakses di seluruh dunia. Oleh itu, maklumat yang disediakan serta produk dan/atau perkhidmatan yang boleh diakses melalui laman web ini adalah terhad dan hanya bertujuan untuk digunakan oleh mana-mana orang di negara yang disenaraikan di bawah, di mana kami mempunyai kehadiran pasaran dan akses dan/atau penggunaan tersebut tidak bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Jika anda memilih untuk mengakses laman ini dan/atau menjalankan sebarang perniagaan di mana-mana negara yang kami tidak mempunyai kehadiran pasaran, anda berbuat demikian semata-mata atas inisiatif anda sendiri dan atas risiko anda sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya untuk menyiasat, memastikan dan mematuhi semua undang-undang atau peraturan tempatan yang terpakai kepada anda.