Raise Yourself To Help Mankind

RYTHM

Penubuhan QNET diilhamkan dari perjalanan hidup Mahatma Gandhi, yang ideologinya membawa kepada falsafah kami, RYTHM – Raise Yourself to Help Mankind (Bangkitkan Diri Anda untuk Membantu Insan). Idea untuk memberdayakan orang lain mencapai kejayaan adalah teras kepada perniagaan kami.

QNET Prihatin Terhadap…

Komuniti

Kami berdedikasi untuk memenuhi keperluan ekonomi dan sosial semasa, dengan memberi tumpuan penuh pada pembangunan komuniti serta menyokong masyarakat secara setara.

Kemampanan

Misi kami adalah membina masa depan yang mampan dengan memberi kesan positif kepada orang ramai, komuniti, dan alam sekitar.

In Service

Konsep InService merupakan ciri penting kepimpinan di QNET. Para Pengasas kami telah menanamkan budaya yang kukuh tentang mendahulukan khidmat kepada orang lain, baik di kalangan pekerja mahupun rangkaian kami. Kami percaya bahawa berkhidmat kepada orang lain dengan rendah hati adalah ciri sejati seorang pemimpin.

QNET
QNET
QNET

Yayasan RYTHM, iaitu cabang tanggungjawab sosial korporat QNET, melabur dalam komuniti di seluruh dunia melalui rakan kongsi strategik, sukarelawan kakitangan, dan khidmat masyarakat. Yayasan ini dipandu oleh Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs) dalam misinya untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan mampan untuk semua.

Semua projek kami berdasarkan pada UN SDGs berikut:

4 – Pendidikan Berkualiti,

5 – Kesamarataan Gender,

6 – Kebersihan Air dan Sanitasi,

7 – Tenaga Bersih yang Berpatutan,

8 – Pekerjaan Baik dan Pertumbuhan Ekonomi

10 – Mengurangkan Ketidaksamaan,

17 – Perkongsian untuk Mencapai Matlamat.

Bagi setiap pembelian QNET, sebahagian daripadanya akan disalurkan kepada Yayasan RYTHM untuk menyokong projek akar umbi. Kami berbangga dengan pelanggan dan Wakil Bebas kami yang membantu komuniti yang kurang mendapat perhatian.

Projek terkemuka Yayasan RYTHM, Sekolah Taarana, memberi sokongan kepada kanak-kanak berkeperluan khas serta keluarga mereka di Malaysia.