Laman Utama / Pematuhan

PEMATUHAN

Amalan pematuhan merupakan satu kemestian dalam perniagaan QNET.

Integriti merupakan salah satu Nilai Teras kami dan oleh itu Wakil Bebas (IR) kami diharapkan untuk sentiasa bersikap jujur dan adil dalam menjalankan urusan perniagaan dengan QNET, dengan rangkaian mereka dan dengan bakal pelanggan.

Kami telah menyediakan Kod Etika dan Dasar & Prosedur dalam pelbagai bahasa secara terbuka kepada semua dan setiap IR dikehendaki untuk menandatangani komitmen mereka terhadap pemasaran profesional dan beretika setelah menyertai perniagaan ini.

QNET disokong oleh Lembaga Penasihat QNET, terdiri daripada pasukan profesional undang-undang dan jualan langsung, yang menawarkan nasihat industri dan garis panduan pemasaran profesional kepada IR kami.

Sokongan Industri QNET

Industri Jualan Langsung seringkali terjejas oleh pemahaman yang salah tentang skim pemasaran yang tidak berkaitan dan tidak mampan, terutamanya disebabkan oleh kekurangan peraturan industri di sesetengah negara. Penyelesaian yang sangat dianjurkan oleh QNET adalah agar lebih banyak kerajaan antarabangsa melaksanakan peraturan yang menggalakkan dan memudahkan pasaran jualan langsung yang berkembang maju dan jujur.

QNET sentiasa berusaha untuk menjadi telus dan sah dalam operasinya tidak kira di mana ia menjalankan perniagaan dan meminta semua IR untuk mengamalkan sikap profesional yang konsisten.

 

KOD ETIKA

IR mestilah mematuhi Kod Etika, peraturan dan perjanjian QNET pada setiap masa.  

DASAR & PROSEDUR

Ketahui dan fahami Hak dan Tanggungjawab anda sebagai IR. Patuhi setiap Dasar dan Prosedur.




QNET 26th Anniversary

CREDIT CARDS ACCEPTED