Laman Utama / Sejarah Kami

SEJARAH KAMI

Sekumpulan kecil insan dari pelbagai bahagian di dunia dipertemukan kerana takdir di Manila, bandar terkenal di Filipina pada akhir 90 an. Mereka bersama-sama mencipta impian di sebuah pangsapuri di lorong yang sesak di Manila pada 1998 dan impian itu menjadi kenyataan hari ini.

Inilah kisah impian itu.

Dalam pertengahan 90an, Vijay Eswaran dan Joseph ‘Japa’ Bismark, dua anak muda daripada latar belakang hidup yang sangat berbeza dari segi perniagaan dan persahabatan. Setelah melihat kejayaan pemasaran rangkaian dengan sebuah syarikat Amerika yang sangat berjaya di Filipina, dua anak muda tersebut menyertainya dan kumpulan mereka dipanggil V Team terdiri daripada beberapa lelaki dan wanita yang pintar, bermotivasi dan berbakat, seterusnya menjadi pengumpul pendapatan yang tertinggi bagi syarikat dari Amerika itu.

Pada satu ketika mereka menyedari bahawa syarikat tersebut bersikap tidak jujur dengan mereka dan selepas semua usaha untuk memulihkan keadaan gagal, hingga satu ketika V Team dan beberapa pemimpin mereka duduk mengelilingi meja dapur Vijay’ bagi membincangkan langkah seterusnya. Kira-kira 1,500 orang yang mempercayai pemimpin V Team telah menyertai kumpulan tersebut. Apa yang mereka akan beritahu mereka? Cara mudah untuk keluar ialah dengan menceritakan apa pemilik syarikat tersebut lakukan dan tidak mengaku kesalahan mereka langsung.

Namun, mereka tidak memilih jalan mudah untuk keluar. Seterusnya, ribuan daripada ahli kumpulan mereka yang menghadapi risiko, dan liabiliti melebihi USD 250,000, dua anak muda ini bersama dengan ahli kumpulan utama mereka membuat keputusan yang berani dan gila untuk memulakan syarikat mereka sendiri. ’ Tujuan utamanya iaitu menjaga kepentingan orang-orang yang mempercayai mereka dan meletakkan simpanan kehidupan mereka di tangan mereka..

Pada hari yang bersejarah di bulan September 1998 di Pusat Bursa Saham Filipina (dulu dikenali Tektite Towers) di Manila, Filipina,syarikat itu didaftarkan dan pada hari ini ia dikenali sebagai QNET.

Sejarah Kami

  • 2015
    • QNET melancarkan Q10, plan pemampasan super hybrid syarikat yang baru
    • QNET melantik bekas juara tenis nombor satu wanita di dunia, Martina Hingis sebagai Duta Jenama di India
  • 2014
    • QNET menjadi Rakan Kongsi Rasmi Jualan Langsung Kelab Bola Sepak Manchester City, Kejuaraan Liga Perdana Barclays 2013-2014
    • QNET menaja Rashid Stars dari Pusat Paediatrik Rashid di Dubai bagi program pertukaran budaya khas ke Taarana, sebuah sekolah berkeperluan khas di Malaysia

  • 2013
    • QNET melancarkan pusat operasi tempatan di Singapura, Vietnam, Filipina dan Rwanda.
    • Pusat Sokongan Global QNET diletakkan antara Kedudukan Teratas Pusat Hubungan Dunia (CCW) APAC bagi 2013.
    • QNET menunjukkan teknologinya di Persidangan Kepimpinan APCSC.
  • 2012
    • QNET’s Pusat Sokongan Global QNET memenangi Sembilan anugerah dari Konsortium Pelanggan Asia Pasifik (APCSC), membuktikan dedikasi syarikat ’ untuk memberi perkhidmatan terbaik yang mungkin.
    • Sepanjang lima tahun, komitmen syarikat untuk menjadi warganegara korporat yang baik dan inisiatif CSR yang proaktif membolehkan QNET mendapat pengiktirafan Syarikat Prihatin hasil penghargaan daripada Majlis Perkhidmatan Sosial Hong Kong.
  • 2010
    • QNET menerima pengiktirafan sebagai Syarikat Prihatin oleh Majlis Perkhidmatan Sosial Hong Kong, bagi tiga tahun berturut-turut.
    • Wakil QNET dilantik sebagai Bendahari Kehormat Lembaga Persatuan Jualan Langsung Singapura (DSAS).
    • QNET memeterai perkongsian jangka panjang dengan Virgin Racing sebagai Penyokong Jualan Langsung rasmi Virgin Racing untuk Kejuaraan Dunia F1. Perkongsian itu telah dimeterai di Abu Dhabi Grand Prix 2010 dengan Pengasas Virgin Group Sir Richard Branson dan Pengerusi Eksekutif QI Dato’ Sri Vijay Eswaran melayani media dan peminat F1.
    • QNET menjadi penaja utama Pasuka Rugby Kelab Bola Sepak Hong Kong (HKFC) dan Kelab Bola Keranjang Muharraq di Bahrain.
    • QNET melantik pemain kriket legenda dan pemegang rekod dunia Muttiah Muralidaran sebagai Duta produk rasmi QNET ’s , setelah beliau menjadi pengambil wiket tertinggi dalam sejarah kriket ’s di Test Matches dan One-Day Internationals
  • 2009
    • QNET menjadi rakan kongsi World Vision International dan menyumbang USD 110,000 untuk menaja 121 kanak-kanak miskin di 11 negara.
    • QNET menjadi penaja Yonex-Sunrise Hong Kong Open Badminton Super Series 2009, diendors sepenuhnya oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
    • Syarikat menjadi Penyokong Rasmi Jualan Langsung bagi Liga Kejuaraan (ACL) Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) bagi musim 2009-2012.
  • 2008
    • QNET menjadi penaja utama dan rakan kongsi untuk pasukan QI-Meritus Mahara dalam acara tahunan GP2 Asia Series 2008 yang pertama.
    • QNET dilantik kali ketiga sebagai pengedar rasmi bagi syiling kenang-kenangan Sukan Olimpik bersempena Sukan Olimpik Beijing 2008.
  • 2007
    • CIMB Team QI-Meritus yang ditaja oleh QNET disahkan secara rasmi sebagai Juara Formula BMW Asia Series 2007 di Shanghai, China.
  • 2006
    • Syarikat tersebut membeli CIMIER ®, pengilang jam Swiss di Zug, Switzerland, membolehkannya membuat reka bentuk sendiri 100% dan pengilang Bernhard H. Mayer ® rangkaian produk mewah.
    • Syarikat tersebut membuat pelaburan multi bilion dolar untuk sebuah peranginan di Koh Samui, Thailand yang telah diubahsuai dan dibuka semula sebagai Prana Resorts & Spa, QVI Club ‘Home Resort’.
    • QNET menaja perkhemahan latihan berprofil tinggi bagi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Brazil di Switzerland pada 2006, sebelum Piala Dunia Fifa.
  • 2005
    • T Bilangan Wakil Bebas QNET mencecah satu juta di seluruh dunia.
  • 2004
    • QNET dilantik dengan terhormat sebagai pengedar berlesen bagi program syiling kenang-kenangan F édération Internationale de Football Association (FIFA) di 89 buah negara.
  • 2003
    • Microsoft menguar-uarkan QNET sebagai antara syarikat yang menjadi penerima pakai teknologi Internet yang awal kerana QNET mengguna Microsoft ® Server 2003, sebuah sistem yang tahan lasak terhadap persekitaran dan menyediakan perlindungan kelas pertama. Ia juga merupakan sistem boleh diurus yang maju dan mempunyai keupayaan transaksi berkapasiti tinggi.
    • Syarikat tersebut memperkukuhkan kewujudannya di peringkat antarabangsa apabila ia dilantik sebagai satu daripada beberapa pengedar sah syiling rasmi Sukan Olimpik Athens 2004.
  • 2002
    • QNET melancarkan pakej percutian jenama QVI Club dan seterusnya menjadi rakan kongsi kepada penyedia produk dan perkhidmatan ’ yang terkemuka dalam industri pelancongan dan percutian.
  • 2001
    • Syarikat mencipta peristiwa penting apabila ia memperoleh hak pemasaran bagi program syiling Piala Dunia FIFA 2002 Korea/Jepun. QNET juga dilantik oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) sebagai agen eksklusif seluruh dunia bagi Program Syiling Emas FAO itu.
  • 1999
    • QNET mendefinisikan semula industri jualan langsung apabila menjadi antara syarikat Asia yang pertama dalam industri ini menceburi e-Dagang. Syarikat QNETberkembang ke seluruh Asia, bermula dengan Singapura, Malaysia dan India.
  • 1998
    • QNET memperoleh hak rasmi untuk mengedarkan syiling kenang-kenangan Sukan Olimpik 2000 .



CREDIT CARDS ACCEPTED